TAJUK:
MASJID HASHIM YAHAYA JALAN PERAK NEGERI PULAU PINANG

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMAD SYAKIR BIN MOHAMED ABDULLA
2010265158
ACD1CA
DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN
PROGRAM:
DIPLOMA PERAKAUNAN

TARIKH SERAH:
24HB OKTOBER 2010

ISI KANDUNGAN

TAJUK: MASJID HASHIM YAHAYA JALAN PERAK NEGERI PULAU PINANG
1.  ISI KANDUNGAN
2.  ABSTRAK
3.  PENDAHULUAN
4.  SEJARAH MASJID HASHIM YAHAYA
5.  ORGANISASI MASJID HASHIM YAHAYA
6.  KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI MASJID HASHIM YAHAYA
7.  AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN
8.  MASALAH YANG DIALAMI OLEH JAWATANKUASA MASJID HASHIM YAHAYA & CARA PENYELESAIANNYA
9.  CADANGAN SAYA TERHADAP MASJID HASHIM YAHAYA
10.               PENUTUP

ABSTRAK

PENDAHULUAN

Masjid (مسجد) ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Masjid juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat.

“Masjid" dari segi bahasa bermaksud tempat bersujud. Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, penyebaran ilmu dan sebagainya. Masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali. Tempat solat yang tidak mengadakan solat Jumaat lebih dikenali sebagai surau atau musala. Ada 3 masjid utama yang dimuliakan umat Islam. Pertama, Masjidil Haram di Makkah seterusnya Masjid Nabawi di Madinah dan yang terakhir Masjidil Aqsa di Al-Quds (Jerusalem), Palestin.

Di negara kita Malaysia, terdapat beberapa pembahagian dan pecahan tempat beribadat. Antaranya ialah Masjid Negara, Masjid Negeri, Masjid Daerah, Masjid Qaryah dan Surau.

Saya juga ingin berkongsi serba sedikit sejarah masjid serta penyebarannya di seluruh pelosok dunia. Ketika Nabi Muhammad saw tiba di Madinah, beliau memutuskan untuk membangun sebuah masjid, yang sekarang dikenali dengan namaMasjid Nabawi, yang bererti Masjid Nabi. Masjid Nabawi terletak di pusat Madinah. Masjid Nabawi dibangunkan di sebuah lapangan yang luas. Di dalam Masjid Nabawi, juga terdapat mimbar yang sering diguna oleh Nabi Muhammad saw. Masjid Nabawi menjadi jantung kota Madinah saat itu. Masjid ini digunakan untuk kegiatan politik, perancangan kota, menentukan strategi askar dan untuk mengadakan perjanjian. Bahkan, di kawasan sekitar masjid digunakan sebagai tempat tinggal sementara oleh orang-orang fakir miskin.

Saat ini, Masjidil Haram, Masjid an-Nabawi dan Masjid al-Aqsa adalah tiga masjid tersuci di dunia. Masjid kemudian dibangun di daerah luar Semenanjung Arab, seiring dengan kaum Muslim yang bermukim di luar Jazirah Arab. Mesir menjadi daerah pertama yang dikuasai oleh kaum Muslim Arab pada tahun 640. Sejak saat itu, ibu negara Mesir, Kaherah dipenuhi dengan masjid. Maka dari itu, Kaherah digelar sebagai kota seribu menara.Beberapa masjid di Kaherah berfungsi sebagai sekolah Islam atau madrasah bahkan sebagai rumah sakit. Masjid di Sisilia dan Sepanyol tidak menirukan reka bentuk Visigoth, tetapi menirukan reka bentuk bangsa Moor. Para ilmuwan kemudian memperkirakan bahwa bentuk bangunan pra-Islam kemudian diubah menjadi bentuk reka bentuk Islam ala Andalus dan Magribi, seperti contoh lengkung tapal kuda di pintu-pintu masjid.

Masjid pertama di China  berdiri pada abad ke-8 Masehi di Xi'an. Masjid Raya Xi'an, yang terakhir kali di diubah pada abad ke 18 Masehi, mengikuti seni bina Cina. Masjid di bagian barat Cina seperti di daerah Xinjiang, mengikuti seni bina Arab, dimana di masjid terdapat kubah dan menara. Sedangkan, di timur Cina, seperti di daerah Beijing, mengandung seni bina Cina.

Masjid mulai masuk di daerah India pada abad ke 16 semasa kerajaan Mughal berkuasa. Masjid di India mempunyai ciri ciri seni bina masjid yang lain, seperti kubah yang berbentuk seperti bawang. Kubah jenis ini dapat dilihat di Masjid Jama, Delhi.

Masjid pertama kali didirikan di Kesultanan Uthmaniyyah pada abad ke-11 Masihi, dimana pada saat itu orang-orang Turki mulai masuk agama Islam. Beberapa masjid awal di Turki adalah Aya Sofya(Hagia Sophia), dimana pada zaman Byzantium, bangunan Aya Sofya merupakan sebuah katedral. Kesultanan Uthmaniyah memiliki karakteristik seni bina masjid yang unik, terdiri dari kubah yang besar, menara dan bagian luar gedung yang lapang. Masjid di Kesultanan Usmaniyah biasanya mempunyai tiang-tiang yang tinggi, jalur-jalur kecil di antara shaf-shaf, dan langit-langit yang tinggi, juga dengan menggabungkan mihrab dalam satu masjid.Sampai saat ini, Turki merupakan rumah dari masjid yang berciri khas seni bina Uthmaniyyah.

Secara bertahap, masjid masuk ke beberapa bahagian di Eropah. Perkembangan jumlah masjid secara pesat mulai terlihat seabad yang lalu, ketika banyak penghijrah Muslim yang masuk ke Eropah. Kota-kota besar di Eropah, seperti Munich, London dan Paris memilki masjid yang besar dengan kubah dan menara. Masjid ini biasanya terletak di daerah sesak sebagai pusat komuniti dan kegiatan sosial untuk para muslim di daerah tersebut. Walaupun begitu, seseorang dapat menemukan sebuah masjid di Eropah apabila di sekitar daerah tersebut ditinggali oleh kaum Muslim dalam jumlah yang cukup banyak.

Masjid pertama kali muncul di Amerika Syarikat pada awal abad ke 20. Masjid yang pertama didirikan di Amerika Syarikat adalah di daerah Cedar Rapids,Iowa yang dibangun pada kurun akhir 1920an. Bagaimanapun, semakin banyak penghijrah Muslim yang datang ke Amerika Syarikat, terutama dari Asia Selatan, jumlah masjid di Amerika Syarikat bertambah secara drastik. Di mana jumlah masjid pada waktu 1950 sekitar 2% dari jumlah masjid di Amerika Syarikat, pada tahun 1980, 50% jumlah masjid di Amerika Syarikat didirikan. Inilah serba sedikit pengenalan yang dapat saya berikan melalui pengajian saya tentang masjid di seluruh dunia.

SEJARAH MASJID HASHIM YAHAYA

Nama masjid yang saya kaji ialah Masjid Hashim Yahaya. Masjid ini terletak di Jalan Perak negeri Pulau Pinang. Masjid ini telah dibina pada tahun 1862. Nama tuan tanah dan pemilik Masjid Hashim Yahaya ialah Hashim Meena Merican Bin Yahaya Merican. Keluarga Merican berasal dari selatan India. Mereka telah berdagang ke seluruh plosok dunia. Selain itu, mereka juga kuat agama dan alim.

            Melalui hasil dagangan, mereka telah membina masjid, membeli tanah-tanah dan telah mewakafkan untuk orang Melayu di Pulau Pinang. Antara tempat yang telah diwakafkan ialah Kampung Makam, Kampung Dodol dan Kampung Baru.

            Apabila tertubuhnya Masjid Hashim Yahaya, Hashim Yahaya Merican telah menyediakan wasiat wakaf khas untuk tanah wakaf miliknya. Antara wasiatnya ialah berapa ekar tanah yang telah diwakafkannya, untuk siapa tanah wakaf ini dn siapa patut mentadbir tanah-tanah wakaf pada waktu tersebut. Dalam wasiat juga tercatit perlunya menanam pokok kelapa.

            Saya telah menemu ramah Yusof Azmi Merican. Beliau merupakan keturunan ketujuh daripada Hashim Merican. Beliau juga ada memberitahu keluasan tanah wakaf Masjid Hashim Yahaya ialah sebanyak 15 ekar, lebih kurang 100 buah rumah. Selain itu, beliau juga memberitahu bahawa Hashim Yahaya ada mencatat dalam wasiatnya jika Hashim Yahaya meninggal dunia, anak lelaki sulongnya yang akan menggantikannya.

            Pada mulanya tanah wakaf ini hanya diduduki oleh fakir miskin. Tetapi apabila Hashim Yahaya sudah meninggal dunia, pewaris selepasnya telah memberi sedikit dari tanah wakafnya kepada sahabat-sahabatnya.
           
            Berkenaan hasil kutipan sewa tanah wakaf, bayarannya hanya RM3.00 sebulan.









ORGANISASI MASJID HASHIM YAHAYA

JAWATANKUASA
QARYAH MASJID HASHIM YAHAYA
JALAN PERAK PULAU PINANG


PENGERUSI:
TUAN HAJI ABDUL AZIZ BIN HASAN

TIMBALAN PENGERUSI:
EN ABDUL RAZAK BIN MANSOR

SETIAUSAHA:
EN ZAMBRI BIN ABDUL RAHMAN

BENDAHARI:
EN KADERSA MERICAN BIN ISHAK MERICAN

AHLI JAWATANKUASA:
HAJI ABU BAKAR BIN HASAN
HAJI ROSLAN BIN HAJI YUSUFF
HAJI ABU BAKAR BIN ALI
HAJI HUSSIN BIN MOHD IBRAHIM
EN ABDUL HAFEETH BIN ADAM
EN BASRI BIN SHAHIDAN
EN AZMAN BIN HAMDAN
HAJAH ROGAYAH BINTI AHMAD
HAJAH KHATON BINTI ABDUL SAMAD

PEMERIKSA KIRA-KIRA:
PUAN SITI MAHDIAH BINTI AHMAD
EN SHAIK HUSSIN BIN SHAIK ISMAIL





Sabda Rasulullah s.a.w. :
“ Sembahyang berjamaah itu melebihi sembahyang bersendiri dengan 27 darjat”

Melalui sabda tersebut, kita dapat memahami bahawa sembahyang berjamaah mempunyai banyak kelebihan. Antaranya dapat ganjaran pahala 27 kali ganda. Tempat yang suci yang dijadikan tempat untuk menunaikan solat secara berjamaah ialah masjid.

            Saya telah mengkaji sebuah masjid berhampiran rumah saya. Masjid tersebut ialah Masjid Hashim Yahaya. Masjid ini terletak di Jalan Perak negeri Pulau Pinang. Masjid Hashim Yahaya mempunyai banyak qaryah. Antara kawasan qaryahnya ialah Kampung Masjid, Kampung Dodol, Taman Abidin, Taman Nusantara, Jalan Makloom, Seremban Lane dan Jalan Che Ros.

            Terdapat juga surau di bawah qaryahnya. Contohnya seperti Surau Taman Nusantara, Surau Taman Abidin, Surau Easter Court, Surau Balai Bomba, Surau Sri Indah, Surau Sri Wangsa dan Surau Wan Chik Ariffin. Keluasan Masjid Hashim Yahaya  termasuk tanah perkuburan Islam ialah 15 ekar. Tanah perkuburan Islam luasnya hampir 6 ekar.

KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI MASJID HASHIM YAHAYA

            Masjid Hashim Yahaya merupakan antara masjid yang bersejarah di negeri Pulau Pinang. Masjid ini terdapat pelbagai kemudahan yang telah disediakan. Antaranya ialah bilik air, ruang solat, bahan bacaan, alat-alat untuk menguruskan jenazah, van jenazah serta PA sistemnya yang canggih.

            Masjid ini mempunyai bilik mesyuarat yang sendiri. Terdapat juga bilik kuliah yang digunakan untuk kelas fardhu ain dan sebagainya. Bilik air di masjid ini sangat bersih dan telah dijaga kebersihannya untuk keselesaan semua. Terdapat bilik air lelaki dan bilik air wanita. Ruang solat juga terbahagi kepada dua iaitu bahagian lelaki dan bahagian wanita. Selain itu, jawatankuasa masjid juga telah membentangkan dalam mesyuarat supaya masjid ini dipasangkan penghawa dingin. Akhirnya, masjid ini telah dipasang penghawa dingin.

            Masjid ini juga terdapat televisyen di ruang solat wanita. Hal ini demikian, untuk memudahkan makmum perempuan menonton ceramah yang diadakan di ruang solat lelaki. Masjid Hashim Yahaya masih menggunakan beduk. Beduk akan diketuk apabila masuknya waktu solat tertentu. Selepas itu, bilal akan azan. PA sistem di Masjid Hashim Yahaya ini sangat canggih. Antaranya speaker, projektor dan sebagainya. Bahan bacaan juga disediakan. Contohnya al-quran, kitab-kitab hadis dan sebagainya. Landskap masjid ini sangat cantik. Terdapat tiga orang tukang kebun yang telah membersihkan sekeliling kawasan masjid ini. Terdapat juga tanah perkuburan Islam bersebelahan masjid ini. Masjid telah menyediakan alat-alat untuk menguruskan jenazah dan van jenazah.


Masjid Hashim Yahaya
Ruang Solat Lelaki
Mimbar dari jarak jauh
Mimbar yang dilengkapi dengan penghawa dingin
Rak bahan ilmiah
Dewan Solat Wanita
Ruang Solat Wanita
Bahan-bahan ilmiah
Pejabat Masjid
Bilik Mesyuarat masjid
Di dalam bilik mesyuarat
Dewan Kuliah
Tabung Masjid
Bilik Air Lelaki
Bilik Air Lelaki
Tempat mengambil wuduk bagi lelaki
Tempat mengambil wuduk bagi wanita
PA Sistem - Speaker
Mikrofon

Perkuburan Islam


Rak Kasut
Pintu Gerbang Masjid
Landskap Masjid
Tempat Letak Motosikal

Kereta Jenazah
Tempat Letak Kereta Jenazah
Tempat Letak Kereta
Tempat Letak Kereta


AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN

            Masjid Hashim Yahaya telah mengadakan banyak aktiviti. Antara aktivitinya ialah kelas fardhu ain remaja, kuliah harian, ceramah agama sebulan sekali, kelas marhaban remaja, tadarus al-quran, tazkirah dan kuliah subuh.

            Masjid ini juga telah mengadakan aktiviti perdana pada sepanjang tahun ini. Contohya, ceramah agama sempena Maulidurrasul, kutipan bantuan rakyat Thailand, majlis gotong-royong, majlis ibadah korban tahunan purata 15 ekor setahun, majlis penyerahan van jenazah oleh Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang, majlis perarakan sempena Maulidurrasul, majlis tilawah al-quran anjuran bersama UMNO bahagian Jelutong dan Qaryah Masjid dan Program Anak Angkat IPT USM dan Qaryah Masjid tahun 2009.

            Ahli jawatankuasa masjid juga berjaya mendaftar 90 orang nama fakir miskin untuk diberikan zakat pada bulan Ramadhan yang lalu. Selain itu, akad nikah juga boleh diadakan di masjid ini.


Ceramah Agama Sempena Maulidurrasul Tahun 2010 (1)
Ceramah Agama Sempena Maulidurrasul Tahun 2010 (2)
Ceramah Agama Sempena Maulidurrasul Tahun 2010 (3)
Kutipan Bantuan Rakyat Thailand Tahun 2010
Kutipan derma kepada yang memerlukan
Majlis gotong-royong (1)
Masjlis gotong-royong (2)
Majlis Ibadah Korban Tahunan (1)
Majlis Ibadah Korban Tahunan (2)
Majlis Ibadah Korban Tahunan (3)
Majlis Penyerahan Van Jenazah  (Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang)
Majlis Perarakan Sempena Maulidurrasul Tahun 2010 (1)
Majlis Perarakan Sempena Maulidurrasul Tahun 2010 (2)
Majlis Perarakan Sempena Maulidurrasul Tahun 2010 (3)
Majlis Tilawah Al-Quran Anjuran Bersama UMNO Bahagian Jelutong & Qaryah Masjid Tahun 2010 (1)
Majlis Tilawah Al-Quran Anjuran Bersama UMNO Bahagian Jelutong & Qaryah Masjid Tahun 2010 (2)
Nasyid (Majlis Tilawah Al-Quran Anjuran Bersama UMNO Bahagian Jelutong & Qaryah Masjid Tahun 2010)
Program Anak Angkat USM & Qaryah Tahun 2009
Hari Keluarga Anjuran Qaryah Masjid Hashim Yahaya (1)
Hari Keluarga Anjuran Qaryah Masjid Hashim Yahaya (2)
Perancangan Projek Tahunan Qaryah Masjid Hashim Yahaya

Jadual Kuliah Bulanan yang diadakan di Masjid Hashim Yahaya (1)
Jadual Kuliah Bulanan yang diadakan di Masjid Hashim Yahaya (2)

MASALAH YANG DIALAMI OLEH JAWATANKUASA MASJID HASHIM YAHAYA & CARA PENYELESAIANNYA

Setiap masjid di dunia mempunyai masalah yang tersendiri. Apabila saya telah menemu ramah salah seorang jawatankuasa Masjid Hashim Yahaya, masalah yang sering berlaku di dalam masjid ini ialah kecurian kasut dan tabung masjid.
Penyelesaiannya ialah ahli jawtankuasa masjid mestilah membentangkan dalam mesyuarat supaya menambahkan bilangan pengawal memandangkan keluasan Masjid Hashim Yahaya yang agak besar. Bagi isu kehilangan kasut pula, pihak masjid perlu menambahkan rak-rak kasut. Hal ini demikian, kasut-kasut yang hilang tersebut berpunca akibat meletakkan kasut di merata-rata tempat. Akhirul kalam, saya dapat memberi kesimpulan bahawa setiap masalah yang dihadapi, adanya jalan penyelesaiannya.

CADANGAN DAN KOMEN SAYA TERHADAP MASJID HASHIM YAHAYA

Saya Muhamad Syakir Bin Mohamed Abdulla ingin memberi beberapa cadangan terhadap masjid yang saya kaji iaitu Masjid Hashim Yahaya. Cadangan pertama saya ialah jawatankuasa masjid harus menambahkan bahan-bahan ilmiah di dalam masjid. Tetapi lebih baik lagi saya mencadangkan supaya jawatankuasa masjid mewujudkan perpustakaan mini. Hal ini demikian, dengan wujudnya perpustakaan para belia sama ada dari golongan tua atau muda, mereka akan meluangkan masa mereka di perpustakaan tersebut. Pada waktu yang sama, mereka dapat mengimarahkan masjid.

Selain itu, cadangan saya yang lain ialah jawatankuasa masjid harus membentangkan cadangan meminta peruntukan dari Jabatan Agama Islam untuk meluaskan tempat meletak kenderaan. Hal ini demikian, apabila tibanya hari raya atau solat jumaat, trafik berhampiran di kawasan masjid akan sesak. Ia telah mengganggu kelancaran trafik.

Akhir sekali, saya ingin mencadangkan supaya jawatankuasa masjid perlu mewujudkan taman landskap. Dengan adanya landskap tersebut, kawasan masjid akan lebih cantik dan indah.

PENUTUP

"Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk"


Melalui kajian terhadap Masjid Hashim Yahaya, saya dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Hashim Yahaya. Selain itu, saya juga dapat mempelajari sejarah tentang masjid ini di samping dapt mengenali tokoh-tokoh yang mengasaskan masjid ini. Tambahan pula, masyarakat setempat dapat memupuk semangat cinta akan solat berjemaah yang menjadi sunnah nabi Muhammad s.a.w. , sekiranya kita melakukannya kita akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada kita solat secara bersendirian.


Akhir kata, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada ibubapa saya, Mohamed Abdulla dan Zuraidah, Ustaz Abdul Aziz, Ahli Jawatankuasa Masjid Hashim Yahaya serta semua yang membantu saya tanpa mengenal erti penat dan lelah. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.....

No comments:

Post a Comment